SPL 3024

SPL 3024  TEMPAHAN DAN TIKETAN

Assalammualaikum w.b.t
Kepada pelajar yang mengikuti kursus SPL 3024 Tempahan dan tiketan!

Kursus ini memberi pengetahuan  dan kemahiran  kepada anda untuk menguasai Sistem Tempahan Tiket atau Computer Reservation System(CRS). Bagi memberikan pemahaman kepada pelajar, kesemua aspek berkaitan geografi, tambang, tiket, prosedur mahupun peraturan berkaitan penerbangan akan di ajar.

Semoga segala informasi yang di kongsikan di sini mampu di garap dengan baik dan seterusnya memberikan manfaat kepada anda. InsyaAllah.

Penilaian Berterusan (70%)
Kuiz, Amali, Tugasan, Ujian

Penilaian Akhir (30%)

Topik 1   : Pengenalan
Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengetahui sejarah, fungsi serta organisasi penting di sebalik pembangunan  Computer Reservation System (CRS). Pelajar juga akan mempelajari asas pengetahuan tentang peta dunia, atlas, Greenwich meridian Time, Jadual Penerbangan, Jenis Penerbangan serta prosedur di lapangan terbang.



Topik 2   : Tiket dan Tambang
Di dalam topik ini, pelajar akan mempelajari mengenai jenis-jenis tiket penerbangan termasuk tiket sehala, tiket pergi balik, pusingan dan lain-lain. Selain itu juga pelajar akan mempelajari jenis-jenis tambang seperti tambang biasa, tambang berdiskaun dan sebagainya.



Topik 3   : Tempahan dan Tiketan
Topik ini menerangkan tentang peranan yang di jalankan oleh individu yang bertugas mengendalikan sistem CRS termasuk coordinator tempahan, coordinator operasi, coordinator khidmat pelanggan dan Retail Operator CRS. Tatacara operasi juga akan di perjelaskan dengan lebih lanjut yang merangkumi prosedur sign in, coding decoding, merekod nama penumpang, mengira harga tiket dan sebagainya.

Tugasan 10%
Saksikan video di bawah (cth hasil tugasan pelajar) dan hasilkan PNR dari video ini..



Dibintangi oleh : Nur Syamimi Amirah, Nor Erna Amila dan Nurul Adilla





Dibintangi oleh : Mohd Qayyum Muhaimin, Noor Liana dan Mohd Faeroze




Dibintangi oleh : Nor Farhana Idayu, Isra Asmira dan Nuratiqah




Dibintangi oleh : Muhammad Izzuddin, Noor Al-Hadi dan Nurul Syazanadhirah






Topik 4   : Simulasi Tempahan
Pada tahap ini, pelajar di anggap  telah pun menguasai sepenuhnya cara operasi CRS dan mampu untuk melakukan simulasi tempahan menggunakan CRS. Selain dari tempahan penerbangan pelajar perlu juga mengetahui proses tempahan yang melibatkan kereta sewa, hotel, kapal dan feri.




Pengurusan Tugasan (PB) :
Cover Page

1 comment:

  1. terima kasih siapa yang bt bendalah ini.. sangat membantu.. saya doakan semoga rezeki awak semua bertambah.. aamiin

    ReplyDelete