SPL 2053

PERKHIDMATAN PELANGGAN PELANCONGAN 
(SPL 2053)

BIODATA PENSYARAH

SINOPSIS

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek pembinaan ketrampilan ucapan awam dan pengurusan diri di mana pelajar akan didedahkan dengan aspek-aspek khidmat pelanggan, etika sosial, komunikasi, pengucapan awam serta budaya bekerja dalam pasukan bagi memantapkan penampilan pelajar, dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan latihan amali, aktiviti berkumpulan, simulasi dan perbincangan.




BAB 1 :  PERKHIDMATAN PELANGGAN


Topik ini merupakan pengenalan kepada perkhidmatan pelanggan yang berkualiti bergantung kepada kepuasan hati pelanggan. Topik ini meliputi perkhidmatan melalui panggilan telefon, bersemuka dan kaunter hadapan. Perkhidmatan pelanggan juga melibatkan cara mengetahui gelagat dan perwatakan serta keperluan yang diperlukan oleh pelanggan.  







BAB 2 :  ETIKA SOSIAL


Topik ini merupakan pengenalan kepada etika sosial, aspek pengurusan diri, gaya berdiri, gaya berjalan, gaya duduk dan gaya berpakaian. Topik ini juga membincangkan adab-adab sosial dalam majlis seperti adab berbual, adab di majlis makan serta tatacara di dalam majlis, etika sapaan, kesedaran sivik dan etika hos dan tetamu.




BAB 3:  KOMUNIKASI


Topik ini menerangkan tentang elemen dalam proses komunikasi, fungsi komunikasi dan jenis komunikasi. Topik ini juga turut membincangkan tentang keberkesanan komunikasi, teknik penggunaan telefon yang betul serta kemahiran komunikasi secara bersemuka.



         
BAB 4 :  BEKERJA DALAM PASUKAN

Topik ini memberi kefahaman mengenai definisi pasukan, bentuk persekitaran pasukan serta persekitaran pasukan yang berkesan. Turut ditekankan dalam topik ini ialah kepentingan pembentukan pasukan, langkah-langkah pembentukan pasukan, ciri-ciri sebuah pasukan yang berkesan dan ciri-ciri kepimpinan dalam sesebuah pasukan.









BAB 5 :  PENGUCAPAN AWAM

Topik ini menerangkan mengenai teknik pengucapan awam yang berkesan, teknik mengawal rasa gementar serta membuat senarai semak pengucapan awam. Topik ini juga membincangkan teknik-teknik penyediaan teks ucapan, menunjukkan cara penggunaan alatan audio visual yang betul serta menjalankan latihan pengucapan awam yang akan dinilai di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.










No comments:

Post a Comment